Isnin, 8 Jun 2020

Sejarah Pendaratan Manusia Pertama Di Bulan: Benar atau Mitos?


Tahukah anda bahawa perkara ini adalah mitos semata-mata ataupun satu pendaratan yang ditipu helah oleh US?
Perlu diketahui bahawa sewaktu itu, US baru sahaja dikalahkan oleh Vietnam dalam perang Vietnam. Tambahan lagi, pada 4 Oktober 1957 itu Soviet Union ataupun Rusia telah membuatkan US sangat takut. Satelit pertama mula dilancarkan yang dilepasakan di ruang udara. Rusia juga mampu melancarkan nuklier ke luar dunia yang mana pada ketika itu belum ada lagi negara-negara lain yang mampu untuk melakukan hal sedemikian. Orang pertama yang menembusi langit dan mencapai ke luar Angkasa ialah Rusia (ussr). Amerika telah cuba untuk melancarkan nukliear mereka tetapi menemui kegagalan. Justeru dikatakan bahawa, kecanggihan teknologi Amerika pada ketika itu belum dapat menyayangi Rusia. Berhubung dengan perkara itu, Amerika cuba untuk mencari satu solusi yang kononya menunjukkan mereka lebih maju dengan cara memalsukan pendaratan mereka ke bulan. Buku yang berjudul We Never Went to the Moon: America's Thirty Billion Dollar Swindle yang ditulis oleh Bill Kaysing pada tahun 1974 menyatakan bahaw Amerika telah memalsukan pendaratan di bulan. Kemudiannya, pada 15 Februari 2001, Fox Television menyiarkan program “Conspiracy Theory: Did We Land on the Moon?“. Ringkasnya dalam program yang ditayangakan itu, pendaratan ke bulan hanyalah HOAX ataupun penipuan yang mana mereka menyatakan bahawa proses pendaratan ke bulan telah dierekam di studio NASA. Menurut mantan pekerja yang pernah berkerja di Nasa, mereka tidak pernah mengirimkan Astroniot ke bulan. Teori ini mengispirasi filem tahun 1978 – Capricorn one, yang mana dalam drama tersebut pemerintah telah memalsukan pendaratannya di Mars. Maka melalui file Capricorn one ini menyatakan bahawa Nasa telah melakukan satu kebohongan yang besar dalam sejarah dunia.

Sebelum membahas lebih lanjut berkenaan Teori Konspirasi dan tindak balas NASA cuba perhatikan dahulu video-video ini.
-Video ustaz, video suruh sumpah depan alkitab, Video budak bertanyakan tentang betulkah dia pernah ke bulan, video Nasa tidak dapat jawab persoalan dan video daripada doctor.


6 KONSPIRASI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA PENDARATAN KE BULAN ADALAH PALSU.

1) Tidak Terdapat Bintang-Bintang di Angkasa.

Jika diperhatikan foto-foto yang diambil oleh Nasa ke bulan menunjukkan tidak terdapat bintang-bintang di Angkasa. Kejadian ini telah menimbulkan satu perdebatan dan persoalan khususnya yang mendukung teori konspirasi ini. Pendukung konspirasi menyatakan bahawa ketiadaan bintang-bintang di angkasa adalah menunjukan bahawa ianya adalah pendaratan yang palsu. Sepatutnya, ketiadaan Atmosfera di bulan akan membolehkan bintang-bintang di angkasa akan terlihat semakin jelas. Malahan di bumi yang jauhnya berbillion Kilometer mampu mampu untuk melihat sinar bintang tersebut.

Meskipun demikian Nasa telah memberikan jawapan: Bintang-bintang tersebut tidak terdedah dengan jelas kerana rendahnya kualiti kamera yang mereka gunakan. Logik atau tidak?

Musgrave memberikan penjelasan dengan menyatakan bahawa jika seseorang berada di luar pesawat dan di bawah sinar matahri yang terang, maka ia tidak dapat melihat bintang-bintang. Hanya boleh dilihat ketika pesawat berada di dalam bayangan bumi dan mata seseorang tersebut mampu beradaptasi dengan lingkungan gelap. Faka lain yang menolak teori ini ialah, apabila angkasawan berada di bulan, ia sentiasa siang hari. Satu penjelasan berkenaan dengan permukaan bulan yang mana angkasawan tersebut diterangi matahri sehinnga menyebabkan cahaya lemah seperti bintang tidak dapat dilihat.

 2) Terdapat lebih daripada 1 sumber Cahaya.
Fakta menyatakan bahwa di bulan hanya terdapat satu sumber cahaya iaitu Matahari. Selain daripada matahari maka tidak ada sumber cahaya lain yang mampu memberikan satu kesan yang jelas terdapat benda yang mendarat di bulan.  Efek cahaya pada pendaratan di bulan adalah satu kesalahan besar kepada foto yang ditunjukkan kepada Nasa. Pada foto dari Apollo 11 mendapati gambar bayangan objek yang mendarat di bulan adalah daripada arah yang berbeza-beza. Gambar bayangan yang berbeza-beza itu menguatkan lagi teori konspirasi yang menyatakan bahawa terdapat sumber yang berbeza-beza seolah2 seperti pencahayaan dalam studio.
Seperti biasa Nasa sentiasa menjawab persoalan tersebut. Mereka menyatakan bahawa bayangan daripada pelbagai arah itu terbentuk adalah disebabkan permukaan daratan bulan yang tidak rata sehingga hal sedemikian berlaku. Tambahan lagi, gambar yang diambil daripada prespektif sudut bawah dan bukannya dari atas sehingga menunjukkan arah yang berbeza-beza.

3)  Bendera Amerika Syarikat yang Berkibar.

Seperti yang dijelaskan bahawa di bulan tidak memiliki Atmosfere dengan kata lain tidak memiliki angin ataupun udara yang mampu untuk menggerakan sesuatu objek. Namun, jika dilihat video yang diambil dalam ekspedisi Apollo 11 ke bulan, jelas kelihatan bahawa bendera Amerika yang cuba untuk dipacakkan ke bulan berkibar dengan jelas.
Meskipun demikian: Nasa memberikan jawapan bahawa kibaran tidak selalu diakibatkan oleh angin. Saat mereka memacakkan benera di tanah bulan, astronot tersebut memutarkan tiannya. Hal ini yang menyebabkan seolah-olah bendera tersebut seakan-akan nampak seperti berkibar. Jika kita lihat Di atas bendera, terdapat penyokong seperti besi berbentuk L terbalik yang dipasang sehinggkan ia membuatkan bendera tesebut seakan-akan berkibar ketika ia dipacakkan. Jelas NASA lagi, para astronot tidak kembali ke Bumi dengan tangan kosong. Astronot membawa batuan Bulan yang boleh dibuktikan memiliki karakteristik berbeza dengan batuan Bumi. Salah satu batuan bulan tersebut ialah Big Mulley iaitu memiliki kawah-kawah kecil bekas tumbukan meteoroid. Ada juga bukti kimia pada batuan yang menunjukkan adanya reaksi zat pada batuan saat terpapar sinar kosmik. Ini tak terjadi di Bumi yang punya atmosfer.

4)  Mister huruf C

Teori yang menjadi konspirasi juga adalah berkenaan dengan huruf C. Dalam misi Apollo 11, mendapati 1 gambar yang dilihat begitu jelas tehadap huruf C. ianya ditulis dengan begitu rapi sekali, sehinggakan golongan2 konspirasi mempersolkan perkara ini. Golongan konspirasi menyatakan bahawa huruf C ini adalah tanda yang digunakan sebelum perfileman dilangsungkan. Gambar tersebut seolah-olah menujukkan gumpalan kertas atau surat yang sengaja diletakkan sebagai salah satu bahagian dalam perfileman sehingga dan terdapatnya huruf C.

Namun apa jawab Nasa untuk menepis tuduhan tersebut?
Huruf C yang ada pada gambar tesebut adalah sehelai rambut yang secara tidak sengaja tersangkut pada kertas ketika foto diproses. Hal ini dapat dibuktikan bahawa foto yang sama telah diproses kembali dan mendapati bahawa sama sekali tidak menunjukkan huruf C tersebut.

5) Bayangan yang misterius pada Helm Astronot.
Dikatakan bahawa tidak ada penjelasakn yang memuaskan berkenaan dengan perkara ini. Jika dilihat alat yang kelihatan tersebut adalah seperti lampu yang biasanya digunakan dalam studio pembuatana filem. Banyak yang masih tertanya-tanya dari mana benda tersebut muncul? Di bulan tidak ada benda lain yang boleh menggantungkan atau menyokong benda tersebut. Sehingga sekarang persoalan ini masih belum terjawab dan masyarkat sekarang masih tertanya-tanya apakah fungis benda tersebut dan dari mana ia muncul. Nasa belum memberikan pencerahan yang memuaskan.